Monday, April 2, 2012

Getting Married.

mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



Ha yang atas tu I copy kat blog ILuvIslam. Yang ni datang dari isi hati aku sendiri. Ehee.

Seriously, aku ikhlas akan terima siapa siapa yang mintak aku secara halal. Nak cari orang lelaki yang betul betul nak aku, yang mengajak aku kepada jalan Allah, bukannya ke katil semata mata. Tapi apakan daya, aku hanya mampu menulis. Kalau aku suarakan hasrat ni pun, umi dengan abh mesti gelak pastu cakap , kak cik, kak cik kecik lagi. Nanti dah besar, baru pikir kawen okay? Duhh, memang betul, tapi aku tiba tiba terasa indahnya perkahwinan itu jika bermula dengan seikhlas hati yang mungkin. Aku tak kisah rupa, biar tongkang pecah pun, asalkan dia ada pegangan agama yang kukuh. Tak khatam quran pun takpe, asalkan pandai baca. Tak pakai kopiah pun tak kisah lah, asalkan masa solat dia pakai , tutup aurat. Tak hafal hadith pun tape sayang.. asalkan tahu Allah dah tetapkan dua panduan umat akhir zaman; alquran dan hadith. Doa aku, Allah permudahkan semua ni. InshaAllah, aku ikhlas. Ikhlas menuju cinta yang bakal membawa aku mengenal cinta Allah. Biarlah perkahwinan aku bersulam keredhaan Allah. Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan sebaik baik jodoh, yang sekufu denganku, yang dapat menerima baik dan buruknya aku, yang boleh membimbing aku ke jalan yang kau redhai..

Selamat malam pemilik rusuk kiri ku... Zaujah mu merinduimu abg. 

Thursday, March 8, 2012

Tersentuh Lagi.

Aku memang cuba nak memahami setiap apa yang orang cuba nak lakukan di sekeliling aku. Baik dari segi perasaan, rasional, dan modus operandi benda benda macam tu, memang aku cuba to take into consideration. Tapi malangnya aku tak kuat nak tahan cakap-cakap orang. Supposed to be, bukan aku yang jadi sasaran. Tapi  Allah dah atur elok dah perjalanan hambNya. Aku redha dan senang hati menerima setiap apa yang berlaku. Hati aku tersentuh, aku sebak. Langsung takda empathy. Meib aku yang tak professional, atau ada salah aku yang rasanya tak boleh dimaafkan. Entah lah, ikhlas itu indah, tapi nak mengukur keikhlasan seseorang tu, aku tak pandai nak skim through hati orang ni. Sabar adalah penyelesaian paling bagus. Kata papa, istighfar tu dapat menenangkan kita. Kadang kadang aku terfikir jugak, kenapa jadi macamni. Tapi tu semua takdir, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Aku nak hidup aman, dalam rahmat Allah, sementara menumpang di bumi Allah. Aku tak secantik perempuan lain kat luar sana, tapi cukup lah aku ada Allah. Allah tahu aku cantik, sebab Dia yang menciptakan aku. Biarlah tak cantik dimata manusia, asalkan indah di sisi Allah. :)


Esok Konvensyen Matematik Malaysia 2012 (KONMAT '12) - 9 Mac 2012
Doakan kejayaan kami bersama, Ameen. :)

Sunday, March 4, 2012

New Hair, New Resolution.

Rambut baru, I just cut my hair ! Haha, terasa lain dan kadang kadang rindu pulak kat rambut lama. Hmm. Kata orang, once the girl cut her hair, dia dah move on to another phase of life. Entah lah. Aku tak rasa pulak yang aku tengah ber'moving' to another phase. Just terasa yang diri ini bukan lagi budak-budak apatah lagi remaja hingusan yang cepat nak terasa hatilah, so on and so forth.

Kekuatan aku datangnya dari Allah, so tak kesah lah orang nak mengata apa. Aku berubah bukan sebab nak nama aku dicanang merata ceruk. Cukuplah Allah tahu aku ikhlas. Well, kalau ikhlas, tak post lah pulak kan kat blog. Lantak, bukan ada orang baca pun.

Its getting late. Im still into my assignment. Orang lain dah nak siap, aku baru nak start paham soalan number 1. Tape, pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu yang baik di hari muka itu penting. Should be stop here, guys ! Nak mengarang atas paperwork pulak. Assalamualaikum.

Friday, March 2, 2012

Rindu.

Malam ni hujan lebat kat uni. Baru je balik dari meeting konvensyen. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada something yang masih tak cukup. Tak habis habis dengan follow up. Takpe, thats the challenge. Kata orang tak best lah buat keje kalau takda cabaran kan ?

Sebenarnya ayna rindu. Tadi ada orang tu janji nak call tapi sampai sekarang dia tak call pun. Hmm. Jangan lah berjanji kalau tak pasti kita boleh tunaikan ke tak janji tu. Seriously, it pissed me off !.

Jodoh.

Jodoh tu rahsia Allah. Sejak dilahirkan sebenarnya Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. Mungkin kalau bukan di dunia, kita akan bersatu di  syurga. Ayna suka dekat sorang budak lelaki ni.. Hati ayna, hanya Allah dan ayna sahaja yang tahu. Walaupun ayna bercerita kat sini, tak bermakna semua yang ayna rasa ayna boleh bagitau. :). Ayna rindu kat dia. Tapi ayna tahu dia busy. Ayna pun busy. Macam macam dalam kepala ni. Ada masa ayna nak jumpa dia, nak tengok muka dia. Tapi entah lah. Allah memang tak bagi kitorang jumpa maybe. Ayna nak ikhlas dengan dia. Kalau dia nak kawen dengan ayna, ayna nak terus cakap, "Nak !".. Ayna nak kawen, nak jadi isteri yang solehah, ibu yang mithali. Ehee. Ayna dah pandai masak. Sikit sikit. Boleh lah, asalkan dia tak lapar. Harap harap dia memilih. Apa yang ayna masak dia mesti makan. Lepas tu dia tak merungut kalau ayna masak tak cukup garam ke apa ke. Mesti dia senyum je pastu dia cakap, " Sayang, sedap sayang masak. Tapi kalau kurangkan garam ni sket mesti lagi sedap".. So sweet ~

Kita mesti mahukan kesempurnaan pasangan kita kan ? Tapi kita bukan Rasulullah dengan Khadijah, cukuplah sekadar kita dapat menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing masing dengan sewajarnya. Ayna dah 21, umi cakap dah layak kawen. Ayna taknak main main lagi. Ayna nak dapat imam yang baik, yang boleh bimbing ayna ke jalan yang benar. Ustazah pesan, kalau nak dapat suami yang baik , kita kena betulkan diri kita dulu. Sebab Allah dah janji, laki laki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Yakin lah dengan janji Allah, cuma janji itu lah yang membuatkan hati ayna tenang..

Budak laki tu mungkin tak anggap ayna ni perempuan yang baik........ Takpe, may he seek better happiness after this. :)

Monday, February 27, 2012

Rindu.

Kadang kadang kita akan terasa sangat rindu kat seseorang tu. Rindu pada umi dan abah, adik.. Rindu pada orang yang kita sayang. But my friend had once said, jangan terlalu mengharapkan cinta manusia, sebab cinta manusia tak kekal. Yang kekal adalah cinta kepada Allah dan RasulNya.. So sebanyak mana pun rindu kita kat umi, abah, adik adik, tak dapat menandingi cinta dan rindu Allah pada kita. My bestie baru je kehilangan bf dia. But she's going bad to worse. Taknak makan, neglect study, terlalu memikirkan arwah. If i were she, aku pun mungkin akan buat benda yang sama. Tapi sebanyak mana pun kita menangisi pemergian arwah, dia takkan hidup semula. Itu janji Allah untuk dia, kita x dapat halang. Dugaan Allah datang x mengira sapa sapa pun, sebab itu tandanya Allah sayangkan kita. Bersyukur jika dikurniakan dugaan dan cabaran, sebab x semua orang Allah akan hadiahkan dia dengan dugaan sehebat ini. Mungkin ada yang lebih baik lepas ni untuk kak Ila. Aku cukup cukup faham apa perasaan Kak Ila, sebab dia kehilangan insan yang sangat dia cintai. Tapi Allah Maha Mengetahui, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Al-Fatihah buat arwah, semoga beliau tenang disana.

Tuesday, August 23, 2011

SUJUD LAH ENGKAU....

BULAN RAMADHAN NI, ALHAMDULILLAH... RAMAI KAWAN2 YANG MENGAJAK SAYA KE ARAH KEBAIKAN. AJAK KE SURAU, TADARUS, KEJUTKAN QIAM... MAY THE BLESSING OF ALLAH ALWAYS BE WITH U GUYS ! AMEEN.

LAMA DAH CUTI NI, TAK BANYAK PENGISIAN YANG AYNA DAPAT DIRECTLY INTO MY MIND. KALAU DENGAR CERAMAH PUN, TUNE TO OASIS, TAPI NAK CARI YANG BETUL2 BAGI KESAN KAT JIWA NIH, AGAK SUSAH... MUNGKIN SAYA MASIH JAHIL..

BUT I GOT GOOD THINGS TO BE SHARED HERE. ADA LAH SEORANG USTAZ DARI MESIR YANG BARUU JE GRAD DARI ALAZHAR, BAGI CERAMAH SEMALAM.. SANGAT BERBEKAS DI HATI. :). TAJUKNYA, BERKISAR MENGENAI SUJUD. YA, SUJUD .... SUJUD NI BANYAK KEBAIKANNYA.. KITA JE YANG TAK TAU. JADI, INGIN LAH SAYA KONGSIKAN SEDIKIT ILMU YANG SAYA DAPAT DARIPADA USTAZ TU...

KATA USTAZ, ANTARA KEBAIKAN SUJUD INI ....
  • KITA DAPAT MEMBETULKAN KEDUDUKAN BUAH PINGGANG YANG DAH TERKELUAR SIKIT DARI KEDUDUKAN ASAL DIA TU. MEMANG KALAU TANYA DOCTOR PUN, MEREKA APPROVED PERKARA NI. :)
  • UNTUK PARA WANITA KHUSUSNYA IBU2, KEDUDUKAN SUJUD NI MAMPU MEMBETULKAN SALURAN PERANAKAN YANG JATUH. HAAA. BIASALAH KAN. KALAU DAH RAMAI BABY TU, MESTI ADA YANG LARI ALIGNMENT KAN... HEHE.. SO MOMS, TRY IT OUT !
  • HAA. YANG NI UNTUK KAUM ADAM PULAK. SUJUD NI BOLEH MELEGAKAN SAKIT HERNIA ATAUPUN ANGIN PASANG. I DIDNT KNOW MUCH ABOUT THIS PENYAKIT N NAK TANYA USTAZ PUN MALUUUU... SO MAYBE U CAN GET THRU IT ON UR OWN RESEARCH K ?
  • UNTUK ANAK2 DARA YANG SELALU DAPAT PERIOD PAIN TU, KEDUDUKAN SUJUD NI DAPAT LAH BANTU UNTUK MENGURANGKAN KESAKITAN TU... :)
  • LAGI SATU, IA DAPAT MELEGAKAN  PARU-PARU DARIPADA KETEGANGAN.. YANG NI MAYBE KALAU KITA RASA SESAK NAFAS KE, OR ANGIN KAT ULU HATI, BOLEH CUBA KURANGKAN RASA TAK SELESA TU DENGAN BERSUJUD.
  • MENGURANGKAN KESAKITAN BAGI PESAKIT APENDIKS ATAU LIMPA
  • KEDUDUKAN SUJUD ADALAH KEDUDUKAN YANG PALING BAIK UTK BEREHAT. IA DAPAT MENGIMBANGKAN LINGKUNGAN DI BAHAGIAN BELAKANG TUBUH. INI BAIK UTK MENGURANGKAN SYMPTOM SAKIT BELAKANG. SO, TAK PAYAH GUNA SALONPAS LAGI !
  • MERINGANKAN BAHAGIAN PELVIS (PINGGUL) 
  • MEMBERI DORONGAN SUPAYA MUDAH TIDUR . NAK TAHU KENAPA ? HAAAA... KENA LAH BACA SAMPAI END OF THE ENTRY!
  • MENGGERAKKAN OTOT BAHU, DADA, LEHER, PERUT SERTA PUNGGUNG KETIKA SUJUD DAN BANGUN DARI SUJUD. 
  • PERGERAKKAN OTOT-OTOT TADI AKAN MENJADIKAN OTOT TERSEBUT LEBIH KUAT DAN ELASTIK. JADI, KELINCIRAN PERJALANAN DARAH DAPAT DIPASTIKAN. 
  • BAGI WANITA PULA, PERGERAKAN  OTOT TADI JUGA AKAN MENJADIKAN BUAH DADANYA TUMBUH DENGAN LEBIH BAIK, MUDAH BERFUNGSI MENYUSUKAN BAYI, DAN TERHINDAR DARI BARAH PAYUDARA. SUBHANALLAH... BETAPA BESARNYA HIKMAH SUJUD...
  •  MENGURANGKAN KEGEMUKAN. :).
  •  PERGERAKAN BAHAGIAN OTOT DI ANGGOTA-ANGGOTA SUJUD DAPAT MEMUDAHKAN WANITA BERSALIN DAN ORGAN PERANAKAN PULA MUDAH KEMBALI KE TEMPAT ASAL. HAL INI SEKALIGUS MENGHINDARKAN DARIPADA CONVULSION ATAUPUN SAKIT GELOMBANG PERUT.
  • KETIKA SUJUD, ORGAN TERPENTING IAITU OTAK, MENERIMA BANYAK BEKALAN DARAH DAN OKSIGEN. 
  • SUJUD JUGA DAPAT MENGELAKKAN PENDARAHAN OTAK JIKA TIBA-TIBA  MENERIMA PENGEPAMAN DARAH KE OTAK SECARA KUAT DAN MENGEJUT SERTA TERHINDAR PENYAKIT SALUR DARAH DAN SEBAGAINYA.
SECARA PSIKOLOGINYA, SUJUD MEMBUATKAN KITA BERASA RENDAH DIRI DENGAN DENGAN KEKUASAAN YANG MAHA ESA. PERASAAN INI MAMPU MENGIKIS SIFAT RIAK, TAKABBUR DAN SOMBONG DALAM DIRI KITA.

KESAN SUJUD YANG LAMA AKAN MENAMBAHKAN KEKUATAN ALIRAN DARAH KE OTAK YANG BOLEH MENGELAKKAN PENING, MIGRAIN, MENYEGAR DAN MENAJAMKAN OTAK SERTA MENTALITI SESEORANG .

KAJIAN TELAH MENGESAHKAN, TERDAPAT BEBERAPA URAT SARAF DI DALAM OTAK MANUSIA YANG TIDAK DIMASUKI DARAH. SEDANGKAN SETIAP INCI OTAK KITA MEMERLUKAN DARAH SUPAYA DAPAT MENJALANKAN FUNGSINYA DENGAN NORMAL. JADI, MELALUI SUJUDLAH DAPAT MEMBANTU BEKALAN DARAH DAN OKSIGEN SAMPAI KE SARAF BERKENAAN..  ITULAH HIKMAHNYA... SUBHANALLAH....