mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.
mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.
mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.
mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Ha yang atas tu I copy kat blog ILuvIslam. Yang ni datang dari isi hati aku sendiri. Ehee.
Seriously, aku ikhlas akan terima siapa siapa yang mintak aku secara halal. Nak cari orang lelaki yang betul betul nak aku, yang mengajak aku kepada jalan Allah, bukannya ke katil semata mata. Tapi apakan daya, aku hanya mampu menulis. Kalau aku suarakan hasrat ni pun, umi dengan abh mesti gelak pastu cakap , kak cik, kak cik kecik lagi. Nanti dah besar, baru pikir kawen okay? Duhh, memang betul, tapi aku tiba tiba terasa indahnya perkahwinan itu jika bermula dengan seikhlas hati yang mungkin. Aku tak kisah rupa, biar tongkang pecah pun, asalkan dia ada pegangan agama yang kukuh. Tak khatam quran pun takpe, asalkan pandai baca. Tak pakai kopiah pun tak kisah lah, asalkan masa solat dia pakai , tutup aurat. Tak hafal hadith pun tape sayang.. asalkan tahu Allah dah tetapkan dua panduan umat akhir zaman; alquran dan hadith. Doa aku, Allah permudahkan semua ni. InshaAllah, aku ikhlas. Ikhlas menuju cinta yang bakal membawa aku mengenal cinta Allah. Biarlah perkahwinan aku bersulam keredhaan Allah. Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan sebaik baik jodoh, yang sekufu denganku, yang dapat menerima baik dan buruknya aku, yang boleh membimbing aku ke jalan yang kau redhai..
Selamat malam pemilik rusuk kiri ku... Zaujah mu merinduimu abg.