Saturday, May 7, 2011

Bercinta Sampai ke Syurga...

"Abang. Ni air Nescafe yang abang ske tu. Minumlah. Buat hilang dahaga kat padang nanti." Nadiah hulurkan tumbler Tupperware kaler pink kat Amirul.
"Hmm.. tak payah lah. Kat sana tu ada je org sediakan air. Okay lah. Abang pegi dulu. Layan futsal lagi best dari tengok semanis kurma. Heh.
Amirul berlalu meninggalkan Nadiah. Sikit pn muka Nadiah tak dipandangnya. Well. Nadiah cantik jee.. Saje le tu. Amirul dah start perangai dia.

Amirul dan Nadiah kawan satu kampus. Masing-masing masih bergelar mahasiswa. Lepas dua tahun bercinta, they decided to tie a knot. Tapi baru lima bulan kawen, Amirul dah mula tunjuk belang. Hampeh.
"Abang, petang ni Nad ada lecture.. tak sempat masak lah abang. Abang makan kat kafe dulu boleh? Nnt malam Nad masak"
"Ehh... awak ni dah kenapa?supposed to be awak wife saya, awak lah yang masak. Kalo nak suh saya makan kat kafe tu, better saya je yang kawen ngn mak cik tukang masak tu. Ha. Jimat duit PTPTipu saya."
Tersentak Nadiah. Terasa dirinya begitu hina.Mengapa Amirul melayannya begitu. Perlahan-lahan ingatannya bersama Amirul menerjah fikiran.

"Nadiah katne? Abang kat kompleks sukan ni. hehe. jum jogging nak?
"Sayang lapar? Sayang nak makan ape? Abg belikan."
"Demam ye sayang.. Abg belikan susu k? Sayang rehat dulu.. Abg risau lahh"
Terngiang-ngiang kata kata Amirul sebelum mereka berkahwin. Tak sangka dia boleh berubah dalam masa sesingkat ini. Sedangkan baru  lima bulan mereka kawen. Pernah sekali Nadiah terlambat bangun untuk siapkan sarapan, Amirul mengherdik Nadiah dengan kata kata kesat. Demm ah!
"Dasar bini pemalas. Kau tau tak aku ada test pagi ni? Yang gatal gatal pegi bangun lewat tu kenapa? "
Nadiah terasa sangat. Tapi tangannya masih lincah menyiapkan sarapan untuk si suami. Sambil tu air matanya tak henti-henti mengalir.
"Abg.. Nadiah mintak maaf abg.."
"Maaf, maaf. Aku dah muak lahh.. dengar kau asyik mintak maaf. Tu. tu. air mata tu. kesat laahh. aku naik bosan tau tak. okay. listen here. wut is sumday im no longer here? im mean so far from here. nak nanges macam ni jgk ke?
Mata Amirul redup memandang Nadiah. Like he is hiding something.
"Okay. Abang pegi makan kat kafe kusza je. Sedap jgk layan nasi goreng pataya dia. Heh"
Amirul lantas keluar dari rumah. Nadiah terpinga -pinga keseorangan . Mee goreng dengan nescafe panas dibiarkan tak terjamah di atas meja. Sekali lagi air mata Nadiah gugur.






 "Mirul, ko okay tak? U look pale bro. Duduk jap. Aku tengok ko dah mcm zomba dah."
Syed Ali, kawan sekuliah Amirul menegur. Ada simpan angan-angan untuk kahwin awal macam Amirul tapi awek beliau, Sharifah Munirah tak bersedia lagi. Sibuk menjual beg di kolej.
"Zomba, zomba. Mne ade zomba lah. Zombi. Itulah. dlu org suh amek english edukesyen, kome tanak. Udah bengap gini, nak suh awok ngajo. Sungguh-sungguh Tariq Ziyad berkata-kata. Beliau bukanlah orang Perak tetapi peminat fanatik Usop Wilca.
"Im okay.. u guys jangan risau ." Tangan Amirul kejap menekan dadanya. Sakit. "Aku lagi risaukan Nadiah.. Nyesal aku marah dia tadi..
Berbaur kekesalan dalam suara Amirul. Naluri suaminya tersentuh. Tapi dia terpaksa...
"Ziyad, tolong call Syakila, tanya my Nadiah dah masuk kelas belum? tadi aku marah dia.. aku takut dia tanak masuk kelas"
Tariq Ziyad mengganggukan kepala sambil tangannya pantas menekan nombor Syakila.

Tiba-tiba
"Amirul!! Eh, Mirul! Bangun! Bangun mirul! Syed Ali bersuara panik sambil menggoncang goncang badan Amirul
Tariq Ziyad yang baru menamatkan perbualan dengan Syakila terkejut melihat Amirul sudah terbaring di lantai.























 


Tangan Nadiah masih melekap di tanah basah itu. Kelopak kelopak mawar masih segar walaupun sudah lama berpisah dari tangkainya. Nadiah tenung lama-lama pusara arwah suami tercinta. Baru sangat rasanya bersama, kini si dia telah dulu dijemput ilahi. Namun Nadiah kuat. Tidak dibiarkan setitik pun air matanya gugur. Kerana itu janjinya pada si arwah sebelum dia pergi meninggalkan Nadiah buat selama-lamanya...
"Nadiah sayang..janji dengan abang..kalo abang mati, Nadiah cari orang lebih baik...bahagiakan dia macam sayang bahagiakan abang. Ada family dengan dia, sayang jadi isteri solehah ye sayang?
Hati Nadiah sebak mendengar kata-kata suaminya.dia cuma mampu diam. takut kalau dia bersuara, tangisannya pecah.
"Nanti sayang jangan lupa doakan abang.. Abang tade sape2 kat sane. Abang tgu doa sayang. abang mintak maaf sebab tak mampu nak jaga sayang. Maafkan abang..

Rupa-rupanya selama ini Amirul berkelakuan kasar terhadap Nadiah, adalah sebagai petanda awal.. dia dah tak lama kat dunia ni... Amirul menderita kompilasi jantung yang harapan untuk pulih - merely impossible. unless ada penderma yang sesuai. Amirul memilih utk Nadiah membencinya daripada mengumpul kenangan bersama..
"Nanti bila aku dah mati, Nadiah akan cepat lupakan aku. Dia akan dapat yang lagi baik dari aku. Macam kau ke Tariq. ye dak? " Amirul sempat berseloroh dengan Tariq sewaktu mereka sama2 makan nasi goreng pataya kat kafe kusza.Tapi Tariq buat muka tade nafsu. Heh. Rugi. Nadiah comeyyyy......
Perlahan-lahan nadiah tutup netbook kepunyaan arwah. Dia sebak. Banyak kenangan antara mereka tersimpan erat. Nadiah lihat jam di dinding. Dah lewat beliau nak ke kampus. Hari ni ade oral test dengan prof Isma.  Tiba-tiba Nadiah terjumpa sesuatu di dalam kotak. Ada cincin dengan ukiran nama Nadiah bersama sekeping kad. Wangi. Heh. Dengan pantas tangannya membuka kad tersebut
"Ilham Nadiah... anda cinta terakhir saya. Isteriku dunia akhirat. Bidadariku di syurga. InsyaAllah.. kita bertemu di sana..
Amirul Muttaqin
Dan kali ini Nadiah tewas juga dengan air matanya....













 


3 comments:

  1. best2,,pndai ayna buat cerpen..hihihi

    ReplyDelete
  2. doh wane pulouk gini...citer mende?abe rah xbaca panje2...bilo2...wak crito 2 3 ayat...habih....baru abe rah baco..hohohooooo

    ReplyDelete