Thursday, March 8, 2012

Tersentuh Lagi.

Aku memang cuba nak memahami setiap apa yang orang cuba nak lakukan di sekeliling aku. Baik dari segi perasaan, rasional, dan modus operandi benda benda macam tu, memang aku cuba to take into consideration. Tapi malangnya aku tak kuat nak tahan cakap-cakap orang. Supposed to be, bukan aku yang jadi sasaran. Tapi  Allah dah atur elok dah perjalanan hambNya. Aku redha dan senang hati menerima setiap apa yang berlaku. Hati aku tersentuh, aku sebak. Langsung takda empathy. Meib aku yang tak professional, atau ada salah aku yang rasanya tak boleh dimaafkan. Entah lah, ikhlas itu indah, tapi nak mengukur keikhlasan seseorang tu, aku tak pandai nak skim through hati orang ni. Sabar adalah penyelesaian paling bagus. Kata papa, istighfar tu dapat menenangkan kita. Kadang kadang aku terfikir jugak, kenapa jadi macamni. Tapi tu semua takdir, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Aku nak hidup aman, dalam rahmat Allah, sementara menumpang di bumi Allah. Aku tak secantik perempuan lain kat luar sana, tapi cukup lah aku ada Allah. Allah tahu aku cantik, sebab Dia yang menciptakan aku. Biarlah tak cantik dimata manusia, asalkan indah di sisi Allah. :)


Esok Konvensyen Matematik Malaysia 2012 (KONMAT '12) - 9 Mac 2012
Doakan kejayaan kami bersama, Ameen. :)

Sunday, March 4, 2012

New Hair, New Resolution.

Rambut baru, I just cut my hair ! Haha, terasa lain dan kadang kadang rindu pulak kat rambut lama. Hmm. Kata orang, once the girl cut her hair, dia dah move on to another phase of life. Entah lah. Aku tak rasa pulak yang aku tengah ber'moving' to another phase. Just terasa yang diri ini bukan lagi budak-budak apatah lagi remaja hingusan yang cepat nak terasa hatilah, so on and so forth.

Kekuatan aku datangnya dari Allah, so tak kesah lah orang nak mengata apa. Aku berubah bukan sebab nak nama aku dicanang merata ceruk. Cukuplah Allah tahu aku ikhlas. Well, kalau ikhlas, tak post lah pulak kan kat blog. Lantak, bukan ada orang baca pun.

Its getting late. Im still into my assignment. Orang lain dah nak siap, aku baru nak start paham soalan number 1. Tape, pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu yang baik di hari muka itu penting. Should be stop here, guys ! Nak mengarang atas paperwork pulak. Assalamualaikum.

Friday, March 2, 2012

Rindu.

Malam ni hujan lebat kat uni. Baru je balik dari meeting konvensyen. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada something yang masih tak cukup. Tak habis habis dengan follow up. Takpe, thats the challenge. Kata orang tak best lah buat keje kalau takda cabaran kan ?

Sebenarnya ayna rindu. Tadi ada orang tu janji nak call tapi sampai sekarang dia tak call pun. Hmm. Jangan lah berjanji kalau tak pasti kita boleh tunaikan ke tak janji tu. Seriously, it pissed me off !.

Jodoh.

Jodoh tu rahsia Allah. Sejak dilahirkan sebenarnya Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. Mungkin kalau bukan di dunia, kita akan bersatu di  syurga. Ayna suka dekat sorang budak lelaki ni.. Hati ayna, hanya Allah dan ayna sahaja yang tahu. Walaupun ayna bercerita kat sini, tak bermakna semua yang ayna rasa ayna boleh bagitau. :). Ayna rindu kat dia. Tapi ayna tahu dia busy. Ayna pun busy. Macam macam dalam kepala ni. Ada masa ayna nak jumpa dia, nak tengok muka dia. Tapi entah lah. Allah memang tak bagi kitorang jumpa maybe. Ayna nak ikhlas dengan dia. Kalau dia nak kawen dengan ayna, ayna nak terus cakap, "Nak !".. Ayna nak kawen, nak jadi isteri yang solehah, ibu yang mithali. Ehee. Ayna dah pandai masak. Sikit sikit. Boleh lah, asalkan dia tak lapar. Harap harap dia memilih. Apa yang ayna masak dia mesti makan. Lepas tu dia tak merungut kalau ayna masak tak cukup garam ke apa ke. Mesti dia senyum je pastu dia cakap, " Sayang, sedap sayang masak. Tapi kalau kurangkan garam ni sket mesti lagi sedap".. So sweet ~

Kita mesti mahukan kesempurnaan pasangan kita kan ? Tapi kita bukan Rasulullah dengan Khadijah, cukuplah sekadar kita dapat menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing masing dengan sewajarnya. Ayna dah 21, umi cakap dah layak kawen. Ayna taknak main main lagi. Ayna nak dapat imam yang baik, yang boleh bimbing ayna ke jalan yang benar. Ustazah pesan, kalau nak dapat suami yang baik , kita kena betulkan diri kita dulu. Sebab Allah dah janji, laki laki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Yakin lah dengan janji Allah, cuma janji itu lah yang membuatkan hati ayna tenang..

Budak laki tu mungkin tak anggap ayna ni perempuan yang baik........ Takpe, may he seek better happiness after this. :)