Friday, March 2, 2012

Jodoh.

Jodoh tu rahsia Allah. Sejak dilahirkan sebenarnya Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. Mungkin kalau bukan di dunia, kita akan bersatu di  syurga. Ayna suka dekat sorang budak lelaki ni.. Hati ayna, hanya Allah dan ayna sahaja yang tahu. Walaupun ayna bercerita kat sini, tak bermakna semua yang ayna rasa ayna boleh bagitau. :). Ayna rindu kat dia. Tapi ayna tahu dia busy. Ayna pun busy. Macam macam dalam kepala ni. Ada masa ayna nak jumpa dia, nak tengok muka dia. Tapi entah lah. Allah memang tak bagi kitorang jumpa maybe. Ayna nak ikhlas dengan dia. Kalau dia nak kawen dengan ayna, ayna nak terus cakap, "Nak !".. Ayna nak kawen, nak jadi isteri yang solehah, ibu yang mithali. Ehee. Ayna dah pandai masak. Sikit sikit. Boleh lah, asalkan dia tak lapar. Harap harap dia memilih. Apa yang ayna masak dia mesti makan. Lepas tu dia tak merungut kalau ayna masak tak cukup garam ke apa ke. Mesti dia senyum je pastu dia cakap, " Sayang, sedap sayang masak. Tapi kalau kurangkan garam ni sket mesti lagi sedap".. So sweet ~

Kita mesti mahukan kesempurnaan pasangan kita kan ? Tapi kita bukan Rasulullah dengan Khadijah, cukuplah sekadar kita dapat menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing masing dengan sewajarnya. Ayna dah 21, umi cakap dah layak kawen. Ayna taknak main main lagi. Ayna nak dapat imam yang baik, yang boleh bimbing ayna ke jalan yang benar. Ustazah pesan, kalau nak dapat suami yang baik , kita kena betulkan diri kita dulu. Sebab Allah dah janji, laki laki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Yakin lah dengan janji Allah, cuma janji itu lah yang membuatkan hati ayna tenang..

Budak laki tu mungkin tak anggap ayna ni perempuan yang baik........ Takpe, may he seek better happiness after this. :)

2 comments: